PRINSIP (4’ 00”)
Hidup Pancaroba
Akan Ku Lalui Rempuhi
Kehidupan
Yang Berjuta Dugaan
Hidup Bergelora
Gelombang Remaja
Kuharungi Melangkah
Akan Ku Teruskan
Ku Tanya Pada Diriku
Apakah Ku Akan Tenggelam
Kehilangan Dan Kelemasan
Dalam Arus Kepalsuan
Masa Remajaku
Akan Ku Tentukan
Tujuan Arahku
Biar Ku Susun Langkah
Ingin Ku Pastikan
Warna Kejayaan
Kehidupan Keyakinan
Kepastian Sendiri
Hidup Mesti Berprinsip
Hidup Mesti Bertujuan
Moga Kita Tak Kecundang
Remaja Hanya Sekali
Berprinsip Dalam Hidup
Pasti Arah Dan Tujuan
Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Nasir Jani
KASIH (5’ 40”)
Kasih Dalam Bicaraku
Nilai Manusia Yang Selalu
Hilang
Direnggut Kasihan
Kasih Sering Dipertahan
Tanpa Pengertian
Arah Perjalanan
Duri Kehidupan
Terlalu Mudah Menangis
Sedang Waktu Panjang
Untuk Aku Memandang Ke Depan
Ceraikan Keadaan
Aku Cuba Menilaikan
Harga Untuk Kasih
Sebuah Kasih Lama
Meyambut Kasih Baru
Aku Tak Mengerti
Gugur Daun Ditimbus Salji
Dan Musim Berganti
Mekar Bunga Bersinar Mentari
Tiada Penamatnya
Mencari Erti Kasih
Selagi Subur Jiwa
Tiada Penamatnya
Mencari Erti Kasih
Tanpa Cinta
Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Bob
DI PERLUMBAAN INI (5’ 58”)
Ingin Ku Turut Jejakmu
Namun Hanyalah Suatu
Bayangan Suram
Apakah Ku Yang Terlewat
Atau Putaran Waktu
Yang Terlalu Cepat
Kejar Mengejar Di Atas Dunia
Satu Lakonan Penuh Kepuraan
Bertemankan Keyakinan
Ku Cuba Berlari
Seiringan Denganmu
Hujan Dan Panas Mentari
Semuanya Itu Tidak Ku
Hiraukan
Jangan Kau Sangka
Aku Tak Berdaya
Menandingimu
Menewaskanmu
Cukup Sekali Aku Diperdaya
Oleh Tipu Muslihat
Dan Kata Berbisa
Tiada Lagi Untuk Kali Kedua
Engkau Melakon Watak
Seorang Perwira
Aku Tak Percaya
Dulu Kita Sehaluan
Mengejar Apa Yang Kita
Harap-Harapkan
Tapi Segalanya Berubah
Berpunca Dari
Kedegilanmu Sendiri
Di Perlumbaan Engkau Dan Aku
Mencari Satu Jawapan Pasti
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Lukhman S.
SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH (4’ 35”)
Berulang Kali Ku Mencuba
Memujuk Hati Lupakan Semua
Kenangan
Namun Mimpi Bertemu Lagi
Di Saat Engkau
Tiada Di Sisi
Ku Berpegang Pada Janji
Tercipta Antara Kita Dulu
Hilangmu Tiada Berganti
Biarlah Begini
Ku Berlayar Di Lautan Tidak Bertepian
Sesekali Disedarkan Ombak Yang
Mendatang
Aku Seperti Hilang Punca Arah
Dan Tujuan
(Arah Tujuan Ooo)
Aku Puisikan Namamu
Bersama Rindu
Di Dalam Sendu
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Lukhman S.
ANAK PATUNG (3’ 23”)
Diam Tak Semestinya Ku Alpa
Pada Apa Yang Berlaku
Diam Tak Semestinya Ku Bisu
Ku Hanya Mendengar Bicaramu
Dari Sudut Aku Perhati
Setiap Gerak Dan Geri Kau
Senyumku Bukan Ertinya
Setuju
Setiap Tingkah Lakumu
Senyumku Bukan Ertinya Mahu
Menurut Kehendak Hatimu
Dari Sudut Aku Perhati
Setiap Gerak Dan Geri Kau
Kupu-Kupu Bunga Palsu
Menjadi Hiasan Dindingmu
Komputer Baru Mainanmu
Tapi Tapi Jangan Kau Anggap
Aku
Aku Bukan Anak Patung
Aku Bukan Anak Patung
Bukan Umur Setahun Jagung
Lagu & Lirik: Art Fadzil
TERMINAL CINTA (5’ 16”)
Kau Tinggalkan Kenangan
Paling Indah Untukku
Lambang Bercinta
Ku Pendam Rasa Rindu
Bila Jauh Darimu
Tanda Setia
Ku Nanti Bahagia
Bila Jauh Di Mata
Jauh Juga Di Hati
Kini Terjadi
Ku Cuba Melupakan
Segala Kemanisan
Bagai Pintamu
Hancurlah Impianku
Tinggallah Terminal Cinta
Sepi Dan Terbiar Saja
Ku Hanya Gadis Biasa
Yang Ingin Menyinta Dicinta
Walau Hatiku Bukan Kaca
Pasti Bisa Berderai Jua
Mengapa Berdusta
Tak Perlu Lagi Ku Bertanya
Mengapa Hatimu Berubah
Cukuplah Terhina
Segala Ku Terima
Satwa Tetap Menyanyi
Walau Musim Berganti
Tak Pernah Sedih
Aku Melangkah Pergi
Mencari Yang Abadi
Penawar Hati
Padamu ILAHI
Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Hartinah Ahmad
HATI DIPADU (4’ 40”)
Akhirnya Ku Senyum
Di Jendela Kacamu
Di Jendela Kacamu
Melihat Hujan Turun
Mengilhamkan Jawapan
Mengilhamkan Jawapan
Redalah Gelisah
Yang Mengamcam Sukma
Yang Mengamcam Sukma
Bila Warna Seri
Cinta Semakin Pudar
Cinta Semakin Pudar
Sedarlah
Aku Bukanlah
Bunga Origami
Bunga Origami
Yang Berdahankan
Tangkai Politen
Tangkai Politen
Aku Tagihkan
Belaian Kasihmu
Belaian Kasihmu
Yang Lahir Dari
Rasa Kasih Yang Tulus
Rasa Kasih Yang Tulus
Jauhkan Cerminmu Dari
Bayangan
Yang Menyonsongkan Erti
Cintaku
Bersihkan Cerminmu Dari
Lintasan
Yang Menggambarkan Hati
Dipadu
Hati Dipadu
Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq
CINTA SELEMBUT SUTERA (5’ 36”)
Waktu Itu Engkau Berlari
Menghampiri Mentari
Mesra Senyumanmu
Membenamkan Hari Itu
Walau Kini Sekian Lama
Masih Dalam Ingatan
Tak Pernah Ku Menduga
Kita Kan Terpisah
Cinta Selembut Sutera
Menjadi Kaku Sekeras Hatimu
Dan Kesilapanku Membuat Aku
Memendam Rindu
Andai Kini Kita Kembali
Bersama Meniti Kasih
Dalam Ranjau Cinta
Terhapuslah Sepi Di Hati Ini
Aku Mengharap Kasihmu
Aku Tahu Kerinduanmu
Kasih Tawarkanlah
Keracunan Di Dalam Dada
Oh Kasih Hapuskanlah Rindu
Rindu Di Hati Kita
Lagu & Lirik: M. Nasir
BUTIRAN (3’ 08”)
Lapan Penjuru Kau Redah
Dunia Luas
Mengejar Jaya Yang Masih
Belum Melintas
Kini Engkau Mengira
Simpang-Simpang Hina
Biarpun Di Mana Sukses
Engkau Temui
Segala Meninggalkanmu Kesan
Yang Pedih
Dan Kini Engkau Mengira
Titik Keringatanmu
Andainya Bisa Kau Menyelami
Ke Dasar
Hati Seorang Yang Berjaya Dia
Sering Mengira
Butiran Airmata Kegagalan Seorang
Insan
Biarpun Mahkota Kemenangan
Di Tangan
Masih Mengira Masih
Menghitung Butiran
Butiran Airmata Yag Pernah
Menggagalkan
Lagu & Lirik: Suhaimie Roa
21 LILIN (5’ 05”)
Jangan Lupa Malam Nanti
Bila 21 Lilin Terpadam
Bermulalah Kembaraan Baru
Di Lautan Kenyataan
Dan Lenyap Separuh Andaian
Kau Impikan Bagaikan
Embun Yang Hilang
Cinta Tak Semudah
Yang Engkau Sangkakan
Senyum Tak Bererti
Kau Harus Merasakan Riang
Jangan Lupa Malam Nanti
Bila Teman-Teman Pulang
Di Larut Malam
Bermulalah Kembaraan Baru
Di Awangan Kesepian
Dan Hadir Bayangan Khayalan
Kau Ngerikan Bagaikan
Dosa Yang Silam
Cinta Tak Semudah
Yang Engkau Sangkakan
Senyum Tak Bererti
Kau Harus Merasakan Aman
Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Loloq
No comments:
Post a Comment