Wednesday, January 11, 2017

Lirik: 30110 (1992)


SEMBILU (5’ 17”)
Kelam Malam Sepi Melamar Kerinduan
Tak Terbatas Ingatanku Terhadapmu
Da Pada Siapa Harus Ku Adukan
Resah Ini Kian Menghimpit Perasaan

Dan Seandainya Kasihmu Mekar Bagai Dulu
Pasti Tidak Aku Terbelenggu Begini
Bukan Salah Aku Retak Semua Ini
Berpunca Darimu Bertikam Lidah
Lalu Punah

Tak Dapat Ku Bayangkan
Tuturmu Bagai Sembilu
Mencakar Hati Ini Tanpa Simpati Di Hati
Ingin Rasanya Ku Laungkan Rasa Kecewa

Kekasih Lupakan Sejarah
Cinta Kita Baja Dulu
Di Manakah Kau Campakkan
Cintaku Yang Pernah Kau Sanjungi

Oh Mengapa Semua Ini Berlaku
Sedangkan Aku Sedikitpun Tak Pernah Curang
Terhadapmu

Lagu & Lirik: Saari Amri


LAYAR IMPIAN (5’ 01”)
Jika Mimpi Masa Silam
Bisa Ku Simpan Dalam Kaca
Jadi Perhiasan
Pasti Aku Abadikan
Zaman Riang Kanak-Kanak

Pabila Hujan Mengundang Suasana Bahagia
Dalam Hidup Yang Seindah
Mimpi Yang Tidak Pernah
Melukakan Perasaan

Tapi Kini Bila Dewasa
Ku Mula Sedar Betapa Mimpi
Hanyalah Suatu Permainan
Jiwa Insan Dalam Kesepian

Jika Mimpi Cinta Cinta
Bisa Ku Zahirkan
Jadi Lukisan Yang Menarik
Pasti Aku Abadikan
Malam Pesta Bila Engkau

Lafazkan Janji Dan Memelukku
Sepanjang Tarian
Hingga Pipiku Terasa
Basah Dalam Tangisan
Yang Penuh Kesyukuran

Lagu: Satiman
Lirik: Nurbisa


KITALAH BINTANG (4’ 01”)
Revival generasi seluar dungree
Laungkan irama nuraniku
Yang kian semakin peka dan mengerti
Puisi dalam fandago kebebasan

Kau dan aku bukan bermimpi
Bila berkata kitalah bintang

Pernahkah kau temu teka teki jenaka
Yang si bijak pandai sukar meneka
Apakah bezanya di antara manusia
Burung dengan batu dan bintang
Cubalah teka

Bila berkata Kitalah bintang

Jika kau sudah tahu tolog jangan ketawa
Jika kau buntu dan garu kepala
Biar ku berikan jawapan bodoh tepat dan kena

Tidak berbeza manusia itu burung
Batu itu bintang
Yang beza sayap da sinar

Kitalah bintang
Kitalah bintang
Kitalah bintang

Bila berkata Kitalah bintang

Lagu: Imanzali
Lirik: Loloq


KABUS DAN SIRNA (5’ 27”)
Mengapakah Ku Rasa
Kedinginannya Malam
Sedangkan Tubuhku
Dibaluti Selimut

Mengapa Ku Terasa
Sukar Pabila Bernafas
Sedang Ku Berada
Di Pasir Tak Tersentuh Laut

Apakah Rahsia Yang Menirai Diriku
Sehingga Wajah Di Cermin Terlihat
Bukannya Diriku Yang Sejati
Sebaliknya Hanya Wajah Penuh Luka

Dalam Merawan Hiba
Pergi Dan Hilang Sesuatu Berharga
Yang Belumpu Menjadi
Milik Peribadiku Semalam

Dalam Merawan Luka
Kabus Dan Sirna Warna Permata
Yang Belumpun Meninggalkan
Kesan Sebenarnya Dalam Hidupku

Lagu: M. Nasir
Lirik: Nurbisa


PENJARA MISTERI (3’ 51”)
Panasnya Jalan Di Pukul Hari
Dahaga Jiwa Mencari
Erti Sengsara Dalam Hidup Ini
Kenapa Mesti Begini

Ku Dipenjara Misteri
Jiwa Meronta

Gelora Kasih Menanti Harapan
Menatap Cermin Kehidupan
Larikah Aku Atau Mengejar Mimpi
Mahligai Purba Sag Perkasa

Ku Dipenjara Misteri
Jiwa Meronta

Hanyut Didera Ombak Samudera
Jagan Biar Sampai Ku Kelemasan

Lagu: Yan
Lirik: Loloq


12 PURNAMA (5’ 26”)
Masih Aku Teringat
Senyuman Malam Disember
Yang Membuka Tabir Cita

Berkerlipan Pancarona
Menerangi Jiwa Dan Raga
Saat Paling Bahagia

Kehadiranmu Sungguh Bermakna
Kita Lalui Dua Belas Purnama
Dengan Anyaman Sepasang Hati
Aku Bayangkan Istana Baiduri

Jelas Kini Maksudmu Aku Tertipu
Dan Baiduri Berderai Menjadi Debu
Tak Siapa Yang Ambil Tahu
Seyumanmu Menjadi Jeritanku
Malam Disember Menjadi Ribut Salju

Tiada Ku Sangka Jadi Begini
Malam Disember Yang Paling Ku Hargai
Berakhir Dengan Luka Di Hati
Cinta Setahun Rasa Pedih Berkurun

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: S. Amin Shahab


BENDERA DAMAI (2’ 58”)
Dari Stesyen Ke Stesyen Naluri Bertanya
Masih Jauh Lagikah Destinasi Di Mimpi
Sehingga Tiada Yang Sanggup Hulurkan
Sekadar Informasi

Dari Hati Ke Hati Kita Terus Meragu
Kemungkinan Jawapan Tersirat Dalam Diri
Yang Kerap Dikhabarkan Oleh Para Pujangga

Satu Dalam Sejuta Buih Dalam Lautan
Manusia Serumpun Dari Asal Yang Satu
Yang Sulit Mengapa Hampir Ke Akhir Zaman

Istilah Lawan Perang Masih Wujud Dan Gagah
Apakah Ini Takdir Atau Rekaan Kita

Kami Anak Zaman Ini Kini Menyahut Tugas
Untuk Megibarkan Bendera Damai
Moga Anak Kami Tak Lagi Bermimpi

Lagu: Hassan Babylon
Lirik: Loloq


JUSTERU (5’ 28”)
Terpandang Berkerlipan
Di Langit Yang Sunyi

Justeru Ku
Terbayang Kegersangan
Di Wajah Tenang Dan Sepi

Bagaikan Kapar Sarap
Di Genangan Menantikan
Limpahan Hujan

Kan Temukan Kebahagaiaan
Yang Tersirat Di Dalam Jodoh Pertemuan
Yang Telahpun Tersurat
Tersurat

Kasih Ku Amat Memerlukan
Tafsiran Jujur Dan Benar
Amat Memerlukan Pedoman Pasti
Yang Padu Dan Jitu

Cinta Yang Sejati
Memerlukan Korban

Lagu: Hattan
Lirik: Nurbisa


BOLERO (5’ 52”)
Hanya Engkau Doktor Cinta
Boleh Menolong Ku
Yang Dilamar Bolero
Kasmaran

Dia Yang Hanya Ku Kenal
Tak Sampai Pun Sepuluh Minit
Secara Kebetulan
Dalam Hujan Pagi Minggu

Hanya Engkau Doktor Cinta
Boleh Menolong Ku
Yang Dilamar Bolero
Kasmaran

Dia Yang Jadi Misteri
Bagaikan Simbolik Mimpiku
Yang Tak Pernah Ternyata
Dalam Siang Yang Bermendung

Tiga Malam Terus-Terusan
Aku Tak Boleh Melelapkan Mata

Tolonglah Doktor Cinta
Tolonglah Ku Yang Kasmaran
Tolonglah Doktor Cinta
Ku Yang Dilamar Bolero Kasmaran

Tiga Malam Terus-Terusan
Aku Tak Boleh Lelapka Mata
Tolonglah

Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq


MAT KENTAL (5’ 00”)
Bukan Kerana Ku Tak Sudi
Menerima Kasih Dan Sayangmu
Namun Rentak Di Antara Kita
Ternyata Amat Berbeza

Tiada Serupa
Tiada Serupa

Bukan Kerana Ku Tak Sudi
Menerima Kasih Dan Sayangmu
Namun Rentak Di Antara Kita
Ternyata Amat Berbeza

Tiada Serupa
Segalanya Berbeza

Kemewahan Dalam Bergaya
Menjadi Amalan Bagimu
Adakalanya Keterlaluan
Menjadi Bahan Sindiran

Bercermin Di Rambut
Malah Juga Di Kasut

Tak Rela Ku Merubah Caraku Selama Ini
Menghiasi Segalanya Bagai Peragawati
Telah Lama Ku Sedari Siapa Diri Ini
Rasaya Lebih Selesa Bersederhana

Mat Kental Usah Lagi Kau Mencuba Untuk Memikat Hatiku
Mat Kental Terima Kasih Di Atas Niatmu Yang Suci Itu
Mat Kental Pergilah Segera Kepada Dia Yang Serumpun Denganmu
Dirimu Dan Diriku Sungguh Berbeza

Lagu: Aidit Afian
Lirik: Baba 

No comments:

Post a Comment

Pemuja Diva Rock

My photo
I claim no right to the contents attached herein such as videos and photos... most of the materials posted are scanned copy of my personal collection... should you own the rights of such materials kindly contact and allow me some time to remove such materials... tqvm... peace...