Tuesday, January 3, 2017

Lirik: Ella & The Boys (1986)


PESANAN TERAKHIR (3’ 43”)
Terukir Indah Di Bibirmu
Kenanganku Di Masa Lalu
Engkaulah Saja Pelita
Cahaya Hidupku

Aku Insan Berhati Mulia
Sekadar Mengenangkan Kembali
Masa Berlalu Hanya Tinggal
Kenangan Sahaja

Ingatlah Wahai Kekasih Lamaku
Pesanan Terakhir Ikhlas Dariku
Semadikan Namaku Di Hatimu

Akulah Yang Meyakinkan
Bahawa Kehidupan Ini Masih Bermakna
Bukannya Impian Belaka

Kau Enggan Menerima Cintaku
Setelah Lama Kita Bersama
Apa Salahku Dosaku

Sengaja Kau Permainkan Katamu
Tak Seikhlas Seperti Dahulu
Lupakan Saja Cinta Yang
Tak Seindah Itu

Lagu: Lord
Lirik: Lord


ENGKAU YANG MASIH KU SAYANG (3’ 57”)
Kau Suka Menyakitkan Hati
Dengan Tingkah Lakumu Begitu
Dengan Fikiran Aku Tak Menentu
Ku Tak Tahu Apa Yang Kau Mahu

Berulang Kali Ku Ucapkan Sayang
Usah Diduga Kesabaranku Ini
Mungkinkah Kau Sudahpun Bosan
Atau Perangaimu Yang Begitu

Cuba Kau Nyatakan Sayang
Mengapa Bersikap Begini
Cuba Kau Bisikkan Sayang
Apa Rahsia Di Hatimu Itu

Katakan Padaku
Oh Kasih Berikan Jawapan

Lagu: Lord
Lirik: Lord


PENGGODA (3’ 45”)
Ku Tahu Kau Hanya Menggoda
Senyumanmu Oh Sungguh Manja
Tapi Semua Itu Tiada Gunanya
Kerna Diri Ini Sudah Berpunya

Lirikanmu Aduh Mempesona
Dengan Gayamu Menawan Jiwa
Ramai Pemudi Yang Mabuk Mabuk Kepayang
Oleh Godaanmu Oh Kejamnya

Ingat Sayang Selalu Waspada
Sebelum Dirimu Rasa Siksanya

Kau Hanya Menggoda
Ku Sudah Berpunya

Lagu: Lord
Lirik: Eddie Jai


DUA INSAN BERCINTA (4’ 34”)
Kalau Cinta Berakhir
Musnahlah Segalanya
Kalau Kau Pergi Dulu
Tiadalah Ertinya

Usahlah Pergi Dulu
Sebelum Hasrat Tercapai
Agar Kita Bersama
Seperti Selalu

Terimalah Ku Kembali
Hanya Takdir Yang Menentukan
Berbanyaklah Bersabar
Supaya Tak Dipersiakan

Jagalah Diri
Jagalah Diri Selalu
Jangan Dipermainkan
Janji-Janji Dahulu

Cubalah Usaha
Agar Ketenangan Kembali
Semula Kita Kan Menjadi
Seperti Dua Insan Bercinta

Lagu: Lord
Lirik: Ayi


PAHLAWAN JALAN RAYA (4’ 32”)
Aduh Hebatnya Pahlawan Jalan Raya
Laju-Lajuan Keliling Kota
Nampaknya Dikau Teruja

Meluncur Laju
Waktu Subuh Di Jalan
Di Malam Itu Perlumbaan Bermula

Ingatlah Wahai Pemuda
Di Celah Jalan Raya Kau Sedia
Ingatlah Wahai Pemuda Bangsa
Byawa Ini Berharga Dan Bermakna

Waspada Di Setiap Ngeri
Namun Akibatnya Kau Pertahan Diri Sementara

Usah Kau Sesal Nanti
Jangan Menimpa Diri

Lagu: Lord
Lirik: Lord


ORANG TUAMU (4’ 24”)
Oh Senangnya Rasa Di Hati
Bersamamu Setiap Hari
Oh Berjanji Sehidup Semati
Semoga Tak Terpisah Nanti

Oh Mamamu Tidak Merestui
Juga Papamu Pun Begitu Jua
Oh Hancurnya Rasa Di Hati
Adakah Ini Suratan Takdir

Apakah Erti Cinta Itu
Di Manakah Janjimu Dulu
Oh Kejamnya Dunia Ini
Membezakan Sesama Insan

Akan Ku Tabahkan Hati Ini
Inginku Berdiri Lagi
Bolehkan Ku Bercinta Lagi
Bolehkah Ku Berjanji Lagi

Lagu: Lord
Lirik: Satiman G.


HANYA SECEBIS JAWAPAN (4’ 47”)
Ku Ditinggalkan Keseorangan Tanpa Pesanan
Setahun Lamanya Ku Kesepian Menanggung Rindu Di Hati
Aku Masih Seperti Dahulu
Menyintaimu Ke Akhir Hayatku

Aku Insan Sepertimu Mempunyai Perasaan
Kita Insan Dijadikan Seolah Bersandiwara
Hanya Perlu Kita Melakonkan
Berperanan Penuh Keyakinan

Ku Kecewa Melihatmu Setelah Bersua Kembali
Telah Ku Duga Dari Dulu Dia Akan Mengecewakanmu
Bukan Ini Yang Mendorongku
Secebis Jawapanlah Yang Ku Nantikan

Ku Mengharap Engkau Sedar Kejujuran Hatiku
Kesedaran Kepastian Akan Mengubat Lukamu
Aku Tetap Menerimamu
Tetap Ku Pegang Janjiku Dulu

Hanyalah Secebis Jawapan

Lagu: Lord
Lirik: Ayi


KERJA (3’ 36”)
Bukan Mudah Di Sini Untuk Mencari Rezeki
Di Kota Besar Yang Menguji Seribu Erti

Telah Lama Kuidamkan Satu Pekerjaan
Namun Tak Kunjung Datang Tiada Peluang

Hari Berganti Hari Usia Meningkat Tua
Di Zaman Kemelesetan Ini Masih Menganggur

Apakan Terjadi Pada Diri Ini
Ingin Mencari Rezeki Untuk Menanggung Diri

Bukan... Bukan Mudah Mendapat Kerja
Resah... Siang Dan Malam Ku Gelisah

Lagu: Lord
Lirik: Johan Nawawi / Azman Abu Hassan


KESEDARAN (3’ 52”)
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Ku Pohon Restu Dari-MU
Oh Tuhanku Yang Maha Kuasa
Keredhaan-MU Ku Pinta

Diri Ini Berlumuran Dosa
Dan Hanya Kini Ku Sedar
Ketengangan Tak Ku Nikmati
Walau Di Mana Ku Cari

Tapi Kini Ku Sesali Diri
Ku Ingin Dekati-MU Kembali
Ku Lahirkan Penyesalan Ini
Dari Keikhlasan Hati

Kenikmatan Yang Telah Kau Beri
Selama Ini Tak Ku Sedari
Ku Agungkan Kekayaan Dunia
Ku Lupakan Semua Dari-MU

Oh Tuhanku Ampunilah Kini
Segala Dosa Diriku
Terimalah Penyesalan Ini
Dan Ketengan Jiwa Ku Rasai


PERWIRA (4’ 12”)
Untuk Dikau Yang Tersayang
Kini Berjuang Di Sempadan
Ku Nyanyikan Lagu Ini
Hanya Untukmu Seorang

Keresahan Kerinduan Ku Sampaikan Dalam Lagu
Ku Harapkan Kau Mengerti Resah Di Hatiku Ini
Waspadalah Duhai Sayang Jaga Diri

Ku Relakan Dikau Pergi
Walau Hati Rasa Pedih
Pergi Sayang Ku Doakan
Semoga Dikau Kan Berjaya

Kepastian Kejujuran Diiringi Kasih Sayang
Ku Bekalkan Dalam Lagu Menunggumu
Kesulitan Hati Ini Hanya Dikau Perwiraku

Waspadalah Duhai Sayang
Jaga Diri

Ku Impikan Saat Itu
Bila Dikau Kan Kembali
Semoga Dapat Bersamamu
Ku Merindu

Lagu: Lord
Lirik: Lord

No comments:

Post a Comment

Pemuja Diva Rock

My photo
I claim no right to the contents attached herein such as videos and photos... most of the materials posted are scanned copy of my personal collection... should you own the rights of such materials kindly contact and allow me some time to remove such materials... tqvm... peace...