Wednesday, February 8, 2017

Lirik: Ratu Rock (2005)


DUNIA BATINKU (4’ 06”)
(Duet bersama Tam Spider)
E:
Selalu Ku Bayangkan
Bagaimanakah Agaknya Rasa
Di Tempatmu

Di Samping Kekasih
Yang Membelai
Hati Dan Perasaanmu
Oh Kawanku

T:
Malu Ku Nak Cerita
Kerana Ku Tak Mahu
Kau Sampai Baca Rahsiaku

Biarlah Tak Siapa Yang Tahu
Gejolak Di Dunia Batinku

E & T:
Zahir Kau Lihat Bukan Segala-Gala
Bibir Tersenyum Menutup Jiwa Yang Duka
Zahir Kau Lihat Hanya Antara Lapis
Mata Ku Sinar Bergenang Tangis

Memang Nasib Bercinta
Kerap Terhenti Di Simpang Hidup
Rindukan Cahaya

Demi Cinta
Yang Benar

Lagu: Tam Spider
Lirik: Loloq


KAU TIADA GANTI (3’ 31”)
(Duet bersama Waheeda)
E:
Kau Tiada Ganti
Setelah Aku Temui
Ku Tak Lagi Mencari
Hilang Hampa Di Hati

Kau Cahaya Mentari
Seri Hatiku Ini
Tiada Rahsia Lagi
Ku Damba Kau Di Sisi

W:
Riang Ria Tawamu
Menghibur Sanubari
Kau Penyembuh Luka
Semarak Cinta Ini

Bicara Kasihmu
Indah Bagai Pelangi
Kau Tiada Ganti
Selama Hayatku Ini

E & W:
Dan Kau
Membawa Erti Baru
Dalam Hidupku

Dan Kau
Kau Inspirasi
Untukku Melangkah Lagi

Lagu: Yasin
Lirik: Eena & Yassin

PERANG CINTA (4’ 34”)
(Duet bersama Farah AF2)
F:
Dalam Perang Cinta
Sepanjang Usia
Adam Hawa

Hanya Tinggal Hujan
Sedia Meneman
Segala Rawan

Kala Kau Melayan Sepi
Membilang Hari Sinarnya Pelangi

E:
Dalam Perang Cinta
Tiada Istilah
Menang Kalah

Hanya Tinggal Rindu
Kesalan Berkubu
Di Hatimu

Kala Kau Melayan Sepi
Membilang Hari Sinarnya Pelangi

E & F:
Mimpi Seluruh Insan
Di Alam Fana Sama
Mahukan Syurga
Mahukan Sebuah Kehidupan
Yang Sempurna
Bersama
Kasih Dipuja
Riang Ria
Sesaat Tak Terganggu Jua

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Loloq

No comments:

Post a Comment

Pemuja Diva Rock

My photo
I claim no right to the contents attached herein such as videos and photos... most of the materials posted are scanned copy of my personal collection... should you own the rights of such materials kindly contact and allow me some time to remove such materials... tqvm... peace...